15 December 2011

everybody knows your name



nie satu lagi lagu, ada 2 kursus yang aku pergi pakai lagu ni jadi lagu wajib diorang

What About Now



lagu ni aku dapat masa pergi teambuilding kat Gunung Senyum hari tu (4-6 Disember 2011). selamat mendengar

14 December 2011

come back

Last post 14 Februari 2010, hari ni 14 Disember 2011, perghhh, lama gila rupanya tak post kat sini....22 bulan..hhmmm

cepatnya masa berlalu kan.......

semakin hari semakin bertambah
semakin hari semakin berusia
semakin hari semakin lewat

pernahkah kita rasa cukup
pernahkah kita rasa kenyang
pernahkah kita rasa selesa

dahulu rasa kenapa lambat sangat
dahulu rasa kenapa tak sampai-sampai
dahulu rasa bila nak habis

mungkin petanda telah tiba
mungkin petanda sudah jelas

sedia atau tidak, itu masalah kau
sedia atau tidak, kau jawablah sendiri
sedia atau tidak, tepuk dada tanya selera

sajak oh sajak



sajak merupakan sejenis puisi atau kata-kata yang diungkapkan mengikut nada yang betul...hahaha...suka2 aku jer kan bagi definasi tu..mungkin betul..mungkin jugak tak...

selepas 16 tahun tidak mendeklamasikan (membaca sebenarnya) sajak, aku kena baca lagi, kalau 16 tahun lepas aku baca kat sekolah masa pertandingan sajak kemerdekaan dan menang, kali ni lain sikit, baca dalam gua dan terpilih jugak.....
ntah lah, aku pun tak tau apa sebabnya, budak sains baca sajak kan....

4-6 disember 2011 kena pergi team building di gunung senyum dan hasilnya ialah sajak ni




Aku sejenis makhluk yang unik
Hidupku bergantung nasib
Kehadiranku dinantikan
Kehadiranku disanjung
Kehadiranku mencantikkan pemandangan rumah ini
Kehadiranku menyempurnakan ekosistem ini

Engkau rakanku sangat indah
Engkau rakanku punya fikiran
Engkau rakanku tiada bandingan

Tapi engkau punya akal
Tapi engkau punya fikiran
Tapi engkau sungguh pandai

Kenapa aku jadi mangsa
Kenapa aku engkau durjanakan
Kenapa aku jadi tontonan

Hidupku hanya untuk dilihat
Hidupku hanya menyempurnakan yang lain
Hidupku bagai tiada nilainya

Pergilah engkau manusia jahanam
Datanglah wahai bidadari syurga
Moga hidupku penuh ketenangan
Aku tak sanggup hidup sebegini


AKu dapat idea ni bila aku baring dan tengok tempat ni




Nukilan ini ialah gabungan nukilan asal dan juga editing dari Sir Ted(consultant) sendiri.

Akhir sekali, aku nak ucapkan tahniah untuk PELOPOR Adventure Team atas segala inisiatif yang telah dibuat untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam terutamanya di gunung Senyum.


14 February 2010

Valentine's Day

Korang pernah dengar tak? takkan tak tau kot valentine's day, hari memperingati kekasih lah kononnya. Apadahh, nak ingat orang kena ada hari ker, tu yang kekadang aku konpius tu, ada hari guru lah, hari itulah, hari inilah, macam2 hari ada kat dunia nie. Tapi kan, valentine's day nie memang popular sangatlah, especially kat budak-budak IPTA dan IPTS, huh, jangan tipulah, aku dengar ada no-panties champaign lak tahun nie, perghh memang powerlah orang yg anjurkan Acara ni, tapi aku tak tau sejauh mana kebenaran Acara nie, tapi yang pasti bukan kat majidee...hehehe

Aku ni bukannya ustaz tapi sekolah agama kat majidee tu adalah sampai darjah 6, tak sempat masuk darjah khas, valentine's day nie setahu aku hari memperingati st.valentine mati, tapi aku malaslah nak tahu pasal apa dier mati kan. Cuma Majlis Fatwa Kebangsaan telah kuarkan statement bahawa Islam tidak pernah menganjurkan Acara Hari Valentine dan tidak ada lagi mana-mana sejarah Islam di luar Malaysia yang aku tahu ada anjurkan atau support Hari Valentine nie. Jadi korang boleh pikirkan sendiri kan benda tu baik ker tak.

Kalau nak ingat pasangan masing-masing tak semestinya 14 februari, ada 364 hari lagi korang leh pilih, bukan apa, macam tadi aku cakap, bila ada valentine's day nie datang, ada jer mangkuk yang anjurkan Acara bukan-bukan macam tadi tu. maka bertambahlah anak tidak sah taraf(atau bahasa mudahnya anak haram) kat malaysia ni. Lepas tu buang kat depan masjid, tepi jalan, lubang jamban dan banyak lagi tempat. Nie semua bermula dengan acara sambutan Valentine's Day lah nie, mula-mula lepak minum-minum, pastu layan clubbing ker aper ker...then one nite stand, apa jadi pastu? hahaha, korang leh pikirkan sendiri ending story malam valentine kan.

Mak bapak yang ada anak-anak termasuklah aku nie, marilah bersama-sama ingat mengingati sesama kita tentang kemajuan teknologi yang ada sekarang ini di mana dunia tanpa sempadan dan anak-anak kita mampu berkenalan, berjumpa dan terus terpikat kepada orang yang baru dikenalinya walaupun hanya berkenalan melalui pc camera dan berbual via skype ker VC ker dan mcm2 cara lain. Then, terus jumpa masa valentine, balik nangis2 lak, tapi bdk2 pompuan sekang tak macam dulu, sebab dulu nakal2 diorang takut gak bila lelaki cuit, tapi sekarang punya budak...perghhh, dia lak gedik giler kekadang aku tengok ngalahkan GRO. Jadi sama-samalah kita ingat mengingati dan menCCTVkan anak-anak kita malam-malam nie.

So, tahun ni Valentine's Day tak kecoh sangat sebab tenggelam dek Chinese New Year, aku tak paham satu benda jer. Dah tau benda nie tak ok, media melayu ni bulan februari ni gak sibuk nak buat rancangan ala-ala hari kekasih, tapi tak secara terang-terangan lah, sama jer lah bagi aku terang ker gelap. Contohnya kat dalam radio, tetiba ada lak rancangan lagu untuk kekasih lah aper lagi ntah, elooo, korang nak buat rancangan tu tak boleh bulan lain ker, nanti org melayu cop korang memang sengaja nak bg orang ingat kat valentine's day lah dol...sengal tul lah..

Selamat Tahun Baru Imlek (恭喜发财)

Selamat tahun baru Imlek ni atau Tahun Baru Cina atau Lunar New Year ni disambut secara serentak di seluruh dunia oleh bangsa Tionghua. Kenapa Imlek? bunyi pelik jer kan...saja jer aku tulis macam tu bukan apa kalau kat Indon, diorg panggil Imlek nie sama macam korang panggil gong xi pat chai kat negara kita.

Apa kaitan dengan Majidee kan? Untuk yang tak tahu walaupun Majidee meliputi majoriti penduduk berbangsa Melayu tapi masih ada segelintir masyarakat Cina di sini terutama sekali di Kg Setanggi dan Majidee Park. Masyarakat Cina di Kg Setanggi ni dah macam Melayu gak sebenarnya, sebab jiran diorang semua Melayu walaupun diorang adalah dalam 10 rumah kalau aku tak silap kot.

Apa-apa pun, aku nak ucap Selamat tahun baru nie kat semua masyarakat Cina di Malaysia umumnya dan khasnya di Johor Bahru dan di kawasan Majidee tu. Aku tau korang yang duduk Majidee sekarang nie mesti dengar bunyi mercun malam-malam ni kan. Standardlah tu, memang itu pun yang buat meriah. Macamlah korang tak main mercun masa Raya puasa kan...hahaha

Kalau ikut kepercayaan Masyarakat Cina, tahun ni tahun Harimau dan lebih spesifik lagi tahun Harimau Logam dan menurut pakar Feng Shui lak, tahun Harimau ni ada peningkatan positif dalam perniagaan berkaitan dengan hartanah dan logam. So korang kalau nak percaya ker, nak test power ker, apa lagi try jadi agen hartanah lak tahun 2010 nie, takpun jadi tokey logam(mungkin tauke hardware kot).Selain dari itu, ada gak yang percaya pada tahun baru ni, jangan beli seluar, kasut atau buku dan jangan menggunting rambut dan menyapu lantai kerana ini dipercayai seperti menghalau tuah atau akan bernasib malang. Nak percaya ke tak, lu pikirlah sendiri.

13 February 2010

Zaman dah beruban dah....

Zaman dah berubah dgn zaman dah beruban dah sama jer...maksudnya dunia dah makin tua, bila dah tua ni makinlah matang dan banyak perubahan berlaku...termasuklah di majidee sendiri. Sekarang ni kalau sesiapa yang dah lebih 10 tahun tak balik majidee nie mesti terperanjat tengok terutama sekali di majidee baru. Kalau korang pernah sampai Kg Setanggi dan Kg Tok Siak, silalh tgk perubahan yang berlaku.

Kg Setanggi dan Tok Siak akan lupus dan terus dilupakan selepas ini. Nasib yang sama akan dirasai tak lama lagi oleh Kg Bendahara, Desa Jaya, Kg Tengah, Desa Makmur, Desa Melayu Majidee dan kg Dato' Hjh Hasnah Ahmad (KDHHA). Aku memang sangat sedih bila tengok perubahan yang berlaku ni. Dulu kehidupan di kampung-kampung ini sangat meriah dan permai. Kini Kg Setanggi ngan Kg Tok Siak dah jadi padang jarak padang tekukur (burung tekukur pun tak nak duduk situ pun kalau ada). Hari-hari kita dgr bunyi org piling, rumah bergegar dek lori pasir/tanah yang jalan kat situ dan berdebu.

Baru-baru ni, beberapa rumah di KDHHA(kg lain aku tak pasti) dimasuki air sebab banjir kilat. Apa ke halnya selama ni kalau naik air pun sebab air pasang besar jer(itupun setahun sekali pun susah). Dulu masa banjir besar kat Johor pada tahun 2006-2007 ada gak rumah yang masuk tapi tak seteruk yang baru-baru nie berlaku. Kenapa ia berlaku?

Sebab utama yang org kampung bgtau ialah air pasang besar naik masa hujan turun lebat giler...aku walau takda kat JB masa tu terpikir satu benda jer...Anak sungai atau Parit yang jadi border KDHHA ngan Tok Siak tu dah makin penuh ngan tanah/pasir. Apa taknya hari-hari lori pasir hantar dan tambak pasir kat situ, pastu piling tanah kat situ...Takkanlah takde pasir/tanah yang masuk kat dalam parit tu...sangat mustahil utk tidak berlaku seperti itu kan..Parit yang ada tu bukannya semuanya pakai dinding konkrit, yg aku perasan sampai kat sektor 2 KDHHA yg pakai konkrit dindingnya. Kat sektor 3 tu pakai tanah jer dindingnya, so kalau tak bergegar ngan lori jalan, ngan piling kat situ takkan tanah tu tak turun ke dalam parit....

Aku sedang menunggu apa yg berlaku lagi pas ni kat situ...sian org2 kampung bila umah masuk lumpur dan sbgnya...ada yang dah macam longkang dalam umah lepas banjir kilat tu aku dengar.

Bersambung...